Friday, June 24, 2011

HANTU JEPUN YANG REAL


Korang pernah tengok hantu Jepun? Pernah terjumpa dengan hantu? Kalau belum pernah tengok,jom kita ramai-ramai tengok gambar dekat atas ini. Jangan tengok saja. Tenung dalam-dalam pada matanya tanpa beralih ke mana-mana dalam masa 5 minit.

Semasa korang tenung tu,sebut dan niat dalam hati yang korang nak tengok hantu Jepun. Ini bukan kurafat ke apa ke. Just nak test korang punya pancaindera jer. Saya ndak jamin kalau hantu Jepun ni kacau atau ikut korang balik. Semuanya tanggungjawab korang sendiri la arh....hehe...hahahahah!!

Mengikut info yang saya dapat, gambar ini di lukis oleh seorang wanita Jepun yang telah mati bunuh diri. Wajah sebenar hantu gadis Jepun itu dapat dilihat jika namanya "fuk Yu" disebut dalam hati. Korang tenung je pada matanya. Tenung 5 minit dan ia akan muncul. Korang macam mana? Sudah try? Ok ke?

Kalau berani, cubalah!hehehe,

Friday, April 8, 2011

Tetikus Untuk 5 Pengguna


Navigasi dan pengendalian sistem pengkomputeran pasti tidak akan lengkap tanpa kehadiran peranti tetikus. Walau pun bersaiz kecil, namun peranannya cukup besar dalam membantu pengguna menyelaras aplikasi komputer tidak kira secara ringkas mahupun sofistikated.

Hanya satu klik pada alat itu, semua perisian dan aplikasi dapat dibuka serta dikawal dengan tepat dan lancar.

Peringkat awal penciptaan tetikus, ia disokong oleh sambungan wayar dan bebola di bahagian bawahnya untuk tujuan kelancaran operasi.

Hari ini, teknologi tetikus telah diperluas ke peringkat tinggi menerusi kelebihan seperti sokongan pergerakan optik, sambungan secara tanpa wayar, skrol bar di tengah, akses Bluetooth dan sebagainya.

Memperluaskan lagi fungsi moden dan terkini itu, syarikat pengeluar produk elektronik, Vertex Distribution Sdn. Bhd. telah tampil dengan model tetikus wayarles A4Tech G10.

Ia mengetengahkan inovasi penerimaan isyarat dengan laluan sekali gus membenarkan navigasi untuk lima pengguna secara serentak.

Dengan kelebihan itu, ia sesuai diaplikasikan untuk aktiviti seperti mesyuarat, pembentangan kertas kerja, permainan video dan multimedia serta pengajaran dalam kelas.

Untuk tujuan pengintegrasian, setiap pengguna akan dilengkapi identiti pengenalan atau warna paparan tersendiri.

Pengguna pula kemudiannya akan mengambil giliran mengawal operasi komputer menggunakan tetikus berkenaan untuk kemasukan input atau memberi penerangan.

Keunikan lainnya, ia disempurnakan bersama petunjuk laser dan pen tutor dengan lima pilihan warna.

Tidak cukup dengan itu, ia turut didatangkan bersama pad mobiliti dikenali sebagai Air Pad untuk kemudahan pengoperasian secara bebas.

Menerusi teknologi No-lag pula, tetikus wayarles tersebut menawarkan kawalan kursor yang lebih lancar tanpa gangguan.

Dengan semua kelebihan itu, peranti berkenaan kini dijual pada harga pasaran RM149. Maklumat lanjut sila layari laman wen www.vertex.com.my.

Thursday, April 7, 2011

Akuarium paling kecil di dunia


MOSCOW - Seorang seniman di bandar Omsk, Siberia, Rusia, Anatoly Konenko mencipta sebuah akuarium paling kecil di dunia yang mengandungi air dua sudu teh, lapor sebuah akhbar Metro.co.uk semalam.

Akuarium itu dilengkapi dengan satu penapis air dan ia mengambil masa selama dua minggu untuk dihasilkan.

Menurut akhbar dalam talian, Voice of Russia, akuarium itu dilengkapi dengan pasir, batu pelbagai warna, ikan dan rumpai laut yang mengandungi air sebanyak 10 mililiter.

Konenko merupakan pakar dalam menghasilkan pelbagai perhiasan mini sejak 30 tahun lalu.

Dia sebelum ini menghasilkan tulisan pada beras dan rambut manusia.

Kereta diterbalikkan gajah


TAMAN PILANESBERG, Afrika Selatan - Satu pasangan terselamat selepas kereta yang dinaiki mereka menjadi mangsa serangan seekor gajah jantan, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian itu berlaku kerana gajah tersebut berang selepas tersilap sangka bahawa kereta itu adalah seekor gajah betina yang sedang duduk di sini, baru-baru ini.

Pasangan yang berada dalam kereta itu, John dan Carina Lowers merangkak keluar dari kereta tersebut selepas mereka melihat gajah berkenaan beredar selepas ia menterbalikkan kenderaan tersebut.

Lady Gaga lupa pakai seluar


Selebriti Hollywood yang terkenal dengan fesyen pelik, Lady Gaga sekali lagi mencuri tumpuan awam ketika dia hadir untuk menyaksikan pementasan teater dengan teman lelakinya, Luc Carl, tanpa memakai seluar.

Dalam satu kejadian pada malam Jumaat lalu, penyanyi berumur 25 tahun itu hanya memakai jaket kulit dan sarung tangan manakala seluar dalamnya jelas menjadi tontonan umum.

Pasangan tersebut tiba di St. James Theatre, New York dengan ditemani pengawal peribadi dan polis.

Penyanyi lagu Born This Way itu turut memakai cermin mata gelap bersaiz besar dan kasut rekaan pelik.

"Saya tidak kisah terhadap komen orang ramai, saya hanya menjadi diri sendiri," katanya.

Dalam satu persembahan pentas minggu lalu, Lady Gaga mencetuskan rasa kurang selesa di Amerika Syarikat berikutan tindakannya memakai pakaian biarawati yang dibuat dari getah lutsinar sehingga menampakkan payu dara dan seluar dalam.

Pelacur iklankan perkhidmatan di Facebook


wall Molly Ravish

NEW YORK - Pelacur-pelacur di sini mengiklan perkhidmatan mereka di laman sosial Facebook, lapor akhbar New York Daily News semalam.

Pendedahan itu dibuat oleh seorang ahli sosialogi Universiti Colombia, Sudhir Venkatesh yang melakukan satu kajian terhadap 290 pekerja seks.

Menurutnya, 83 peratus daripada pekerja itu didapati bergantung kepada Facebook untuk menggoda lelaki bagi menjadi pelanggan mereka.

Salah seorang pelacur yang mengiklankan perkhidmatan mereka di laman tersebut dikenali sebagai Molly Ravish.

Ravish menyatakan dalam laman itu bahawa dia merupakan seorang teman wanita yang berpengalaman.

Dalam laman itu, dia meminta pengguna Facebook untuk mengunjungi laman webnya untuk mengetahui perkhidmatan yang ditawarkannya.

Dalam laman webnya, dia menawarkan perkhidmatan selama satu jam dengan kadar bayaran AS$200 (RM610) dan AS$150 (RM458) untuk seks oral.

NANAS ATASI SEMBELIT

NANAS sememangnya tidak asing di kalangan rakyat Malaysia. Rasanya yang enak menjadikan nanas buah pilihan kebanyakan orang. Selain dimakan segar, nanas juga dijadikan bahas masakan seperti pajeri, masak lemak dan gulai.

Antara manfaat nanas adalah:

1. Membantu menurunkan berat badan.

Memakan nanas boleh mengurangkan ketagihan manisan. Menambah nanas dalam makanan harian juga membantu menurunkan berat badan kerana nanas menyebabkan rasa kenyang tanpa menambah satu auns lemak sekali pun.

2. Menyihatkan mata. Kajian menunjukkan amalan memakan nanas melindungi mata daripada masalah berkaitan penuaan kerana ia kaya dengan anti-oksida.

3. Membantu memerangi pelbagai jenis penyakit. Nanas yang kaya dengan vitamin C merupakan sumber sangat baik untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas yang menyerang sel-sel sihat. Banyak radikal bebas dalam tubuh yang menyebabkan penyakit kronik seperti jantung, kencing manis dan barah. Amalan memakan nanas juga berkesan untuk menghindari selesema dan meningkatkan sistem imunisasi.

4. Nanas yang kaya dengan serat amat berkesan untuk memulihkan masalah sembelit dan masalah buang air besar yang tidak teratur.

5. Mengandungi enzim yang menjadikan kulit anjal, lembap dan menyingkirkan sel-sel mati dan rosak adalah kelebihan nanas. Enzim di dalam nanas juga membantu memerangi radikal bebas yang boleh mengurangkan tanda-tanda penuaan dan garis-garis halus.